Tuesday, February 22, 2011

Bayaran Pendaftaran Pindah Hakmilik

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul pada semua pembaca blog ini. Lama jugak tak update blog ni sebab agak terlalu busy dengan hal-hal pejabat.

Untuk post pada kali ini, saya nak share dengan para pembaca blog tentang bayaran lain yang perlu disediakan oleh Pembeli Hartanah dalam suatu urusan jual beli rumah. Salah satu bayaran yang saya maksudkan ialah, Bayaran Pendaftaran Pindah Hakmilik. Namun begitu bayaran ini hanya akan terpakai ke atas kes di mana Hartanah sudah memiliki geran individu atau strata. Bayaran Pendaftaran tersebut perlu di bayar kepada Pejabat Tanah yang berkenaan di mana kadar bayaran adalah berlainan bagi setiap Pejabat Tanah mengikut negeri.

Sebagai contoh, anda boleh klik link ini -
http://ptg.selangor.gov.my/pekeliling/pekeliling_2010/PEKELILING%2016_2010.pdf - untuk mengetahui kadar bayaran pendaftaran tersebut bagi Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
dan link ini - http://www.ptgwp.gov.my/BayaranNBorang.htm - untuk mengetahui kadar bayaran pendaftaran tersebut bagi Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Biasanya Bayaran Pendaftaran Pindah Hakmilik ini akan disenaraikan sebagai salah satu perbelanjaan hangus atau dalam bahasa inggeris nya di sebut "Disbursement". Jadi anda jangan terkejut sekiranya anda sebagai Pembeli diminta untuk menjelaskan bayaran ini. Kalau tak der bayaran ni, maka pendaftaran pindah hakmilik tidak akan dapat di jalankan.

Happy Reading ; -)

No comments:

Post a Comment

You may also like...

Followers